Pandangan Pertama Will Smith Sebagai Genie Didedahkan

0
2
views

Pandangan pertama aktor terkenal Will Smith telah tertiris apabila Walt Disney Pictures telah melancarkan ‘teaser’ filem ‘live action’ Aladdin. Anda boleh teaser tersebut dipemain video dibawah.

Filem ‘live action’ Aladdin ini berdasarkan dari siri animasi berjudul sama yang terbit pada 1992 dan juga dari cerita dongeng “One Thousand and One Nights.” Filem ini diarahkan oleh Guy Ritchie manakal skrip ditulis oleh John August.

Aladdin menampilkan Will Smith sebagai Genie, Mena Massoud sebagai Aladdin dan Naomi Scott sebagai Puteri Jasmine. Selain itu juga, ia turut menampilkan Marwan Kenzari sebagai ahli sihir jahat, Jafar, Nasim Pedrad sebagai dayang Puteri Jasmine, Dalia, Billy Magnussen sebagai Putera Anders dan akhir sekali Numan Acar sebagai Hakim

Aladdin akan menemui penonton tempatan pada 23 Mei 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here