Pandangan Pertama & Trailer The Darkest Minds

0
101
views

20th Century Fox telah melancarkan pandangan pertama dan trailer filem terbaru mereka berjudul The Darkest Minds. Filem adaptasi novel karya Alexandra Bracken yang berjudul sama ini diarahkan oleh Jennifer Yuh Nelson manakala lakonlayarnya ditulis oleh Chad Hodge

Filem bertemakan sains fiksyen thriller ini mengisahkan tentang kejadian wabak penyakit yang telah menyebabkan 98% peratus kanak-kanak Amerika mati manakala 2% kanak-kanak yang terselamat dari wabak tersebut mula mendapat abiliti luar biasa sehinggakan mereka ini telah diletakan disebuah kem oleh pihak kerajaan.

Seorang remaja 16 tahun bagaimanapun bertindak melarikan diri dari kem tersebut dan menyertai beberapa remaja lain yang turut melarikan diri dari pihak kerajaan.

The Darkest Mind yang dibintangi oleh Mandy Moore, Gwendoline Christie, Amandla Stenberg dijangka akan menemui penonton Malaysia 16 Ogos ini. Anda boleh tonton gambar pertama filem berkenaan dan trailer dibawah.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here