Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Joaquin Phoenix Sebagai Joker


Pandangan pertama Joaquin Phoenix sebagai The Joker atau nama asalnya Arthur Fleck telah didedahkan oleh pengarahnya Todd Phillips dan portal Just Jared. Anda boleh klik pada portal tersebut untuk melihat gambar-gambar Joaquin Phoenix di set penggambaran Joker.

Filem Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an dan ia mengisahkan tentang pengenalan awal karakter villain paling terkenal komik DC iaitu Joker.

Joker diarahkan oleh Todd Philips yang turut menjadi penulis bersama manakala Martin Scorsese akan bertindak selaku penerbit. Projek terbaru ini akan menelan belanja sebanyak $55 juta dolar.

Filem ini turut dibintangi Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron. Joker kini dalam pengambaran di New York dan Warner Bros. serta DC Entertainment telah menetapkan tarikh tayangannya iaitu pada 4 Oktober 2019.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee