Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Pailang JB – Filem Terbaru Izzue Islam


Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam akan muncul dengan filem terbaru lakonan beliau yang akan berjudul Pailang JB tidak lama lagi. Filem aksi berkenaan dikatakan akan memulakan penggambarannya di Johor Bahru pada bulan hadapan.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, dia mendedahkan bahawa wataknya dalam filem tersebut adalah sebagai Faizal, seorang yang sukakan lumba kereta.

“Ini filem ke-15 saya. Antara sebab saya menerima tawaran ini adalah kerana naskhahnya yang ada kelainan. Lagipun ini kali pertama saya bawa watak sebegini,” Izzue Islam

Menurut laporan dari akhbar Harian Metro, pelakon filem “Aliff Dalam 7 Dimensi” ini akan memasuki kelas seni mempertahankan diri sebelum masuk ke set penggambaran demi menjayakan wataknya itu

Pailang JB merupakan filem terbitan Simpang 3 Production dan akan diarahkan oleh pengarah Ryzal Yusoff.

Selain Izzue, filem Pailang JB juga akan turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Adam Corrie dan penyanyi Mark Adam.


Dalam pada itu, Izzue turut mendedahkan dia pernah dimarahi oleh peminat drama bersiri lakonannya “Patahnya Sebelah Sayap” selepas tidak berpuas hati dengan watak antagonis yang dijayakannya.

Izzue berkata perkara itu berlaku ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini yang mana kemudian seorang lelaki datang dan menasihatinya supaya tidak menjadi jahat seperti dalam drama tersebut.

Izzue bagaimanapun tidak berasa terkesan dengan tindakan peminat tersebut kerana ia menganggap lakonannya berjaya memberi impak kepada penonton.

Sementara itu, selain berlakon Izzue bersama kumpulan Forteen bakal muncul dengan single terbaru mereka tidak lama lagi, dan juga single solo ketiganya.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee