Pacific Rim 2: Raksasa Kaiju menyerang kembali

0
234
views
Pacific-Rim-
screenrant.com

Raksasa Kaiju menyerang kembali? Ya! ianya menyerang kembali apabila sequel filem Pacific Rim 2 akan memulakan sesi pengambaran mereka pada musim luruh 2015 nanti, manakala siri animasi dan komik Pacific Rim juga dalam proses terbitan. Sequel filem Pacific Rim ini menjanjikan lebih hiburan dan aksi kepada peminat filem pertarungan antara robot dan raksasa ini.

Memandangkan filem ini belum lagi memulakan pengambaran, maklumat tentang perjalanan cerita masih belum diketahui lagi. Pihak produksi juga masil mengekalkan Charlie Hunnam (Bintang utama filem Pacific Rim yang memegang watak Raleigh Becket) sebagai pelakon utama manakala khabar mengatakan bahawa aktress Rinko Kikuchi turut akan terlibat dalam sequel ini. Pengarah untuk filem pertama Pacific Rim, Guillermo del Toro juga akan mengarahkan sequel ini manakala penulis skrip adalah Zak Penn.

Guillermo del Toro juga menbayangkan bahawa Pacific Rim 3 juga akan dibuat, dan perjalanan cerita filem Pacific Rim 2 akan lebih menjurus kepada sequel filem ketiga nanti.

Pacific Rim mencatat keuntungan sebanyak $411 juta dipawagam seluruh dunia dan menerima reaksi positif dari peminat – peminat dan pengkritik filem. Disebabkan kejayaan filem pertama, pihak Warner Bros. dan Legendary Pictures memutuskan untuk membuat sequel untuk filem ini dan mengharapkan ia mampu mencapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh yang pertama.

Pacific Rim 2 akan mula ditayangkan di pawangam pada theaters on August 7, 2017.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here