The Outlaws (2017) Review

0
484
views

Jika anda mahu menonton filem bertemakan Polis vs Samseng, tetapi mahu filem yang menonjolkan sifat polis yang lagi ‘samseng’ dari samseng? anda kena tonton filem Korea berjudul The Outlaws ini.

Filem ini berdasarkan peristiwa sebenar pada tahun 2007 iaitu “Heuksapa Incident” iaitu kisah mengenai persengketaan membara di antara geng samseng tempatan di kejiranan Garibong dengan geng samseng China yang terdiri dari etnik Korea yang dipanggil Heuksapa berasal dari Yanbian, China. Pegawai polis tempatan diberi tugas untuk mengembalikan keamanan di kawasan kejiranan tersebut dan menghapuskan sebarang kerja haram yang dilakukan oleh geng-geng samseng. Pihak polis tempatan akhirnya berjaya menangkap lebih dari 30 orang samseng dalam kejadian tersebut.

Detektif Ma Seok Do (Ma Dong Seok) adalah polis yang memimpin Unit Jenayah di Garibong-dong di Daerah Guro di Seoul, Korea. Pasukannya ditugaskan untuk menumpaskan seluruh kumpulan haram Cina-Korea di Chinatown di Seoul. Yoon Kye Sang memainkan watak Jang Chen, pemimpin geng samseng dari China, yang merupakan lintah darat yang datang ke Seoul untuk mengutip hutang.

Jang Chen terkenal dengan kekejamannya memotong lengan, kaki, dan jari orang-orang yang tidak dapat membayar hutang mereka tepat pada waktunya. Dia dibantu oleh 2 orang pengikutnya iaitu Wei Sung Rak (Jin Seon Kyu) dan Yang Tae (Kim Sung Kyu), yang kedua-duanya membunuh musuh mereka menggunakan pisau dan tukul besi. Manakala ketua geng samseng Korea yang pada asalnya memerintah kawasan itu dilakonkan oleh Jo Jae Yoon yang memainkan watak sebagai Presiden Hwang.

Dengan tindakan Jang Chen yang brutal dan kaedahnya yang kejam itu, Jang Chen menimbulkan dan membangkitkan masalah di dalam dunia kegangsteran di kawasan itu yang pada mulanya aman-aman je, samseng dekat situ pun takut dengan Detektif Seok Do, Detektif Seok Do ni tugas dia kiranya mententeramkan puak-puak samseng di situ dari menimbulkan kekecohan, tetapi Jang Chen tiba-tiba muncul buat kecoh dan menarik perhatian ketua samseng di situ dan geng-geng samseng lain termasuk menjadi tumpuan polis.

Jang Chen tidak lama kemudian mula memperolehi kuasa dengan mengambil alih pelbagai restoran, bilik perjudian dan pusat karaoke yang diuruskan oleh gangster Korea yang diketuai oleh Presiden Hwang. Kententeraman kawasan Garibong terancam, Detektif Seok Do dan pasukannya harus menangkap Jang Chen, dan 2 orang suruhannya itu, termasuk pengikutnya yang semakin meningkat sebelum kes ini diambil dari tangan Seok Do dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi pangkatnya.

………………..

Aksi dalam filem ini sangat realistik, tidak ada tendangan, sepakan dan lambungan yang ‘komersial’. Pergaduhan diselesaikan bukan dengan menggunakan peluru tapi dengan menggunakan tangan kosong dan senjata tajam. Detektif Ma Seok Do yang dilakonkan oleh Ma Dong Seok yang kita ramai kenali dari filem Train To Busan ni lakonan dia memang mengujakan dan macam biasa selesaikan masalah hanya dengan melempang sahaja 😉

Aku cuma tak berkenan sikit dengan Yoon Kye Sang yang membawa watak Jang Chen ni, dia berdialog dalam bahasa Cina tak lancar pun, walaupun aku taklah reti berbahasa Cina tapi sakit jugak telinga dengar, pengikut dia yang 2 orang tu elok je berbahasa Cina nampaklah semulajadi, dan oh ya rambut palsu dia yang panjang tu menyakitkan hati, kejung gitu je. Tapi ok ok je lah dia ni berlakon jadi jahat tapi takde lah nampak samseng sangat, mungkin sebab aku dah biasa tengok watak dia jadi orang baik-baik.

Secara keseluruhan filem ini agak menyeronokkan dengan aksi dan sedikit humor yang diketengahkan walaupun kandungan filem ini agak mengerikan jugak, kerana filem ini agak ganas, ada banyak adegan menikam, menetak, menusuk dengan menggunakan pelbagai senjata tajam. Walau bagaimanapun, sebahagian besar babak-babak ngeri itu tidak ditunjukkan secara terus di paparan skrin. Babak paling menarik ialah babak di penghujung cerita di mana Detektif Ma Seok Do membelasah Jang Chen di dalam bilik air. Filem The Outlaws ini diklasifikasikan sebagai “Rated-R”, dan menjadi filem ketiga paling laku di Korea tahun 2017.

The Outlaws

0.00
8.4

AKSI / DRAMA

9.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

9.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here