Oscars 2018: Bagaimana Hendak Menonton Siaran Langsung Di Televisyen Ataupun Di Platform Streaming

0
431
views

Filem manakah yang akan merangkul anugerah filem terbaik Oscars tahun ini? siapakah aktor yang akan menjadi Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik? semuanya akan terjawab apabila acara penyampaian anugerah The 90th Academy Awards® yang akan berlangsung pada 4 Mac 2018 ini (waktu US).

Mendahului senarai pencalonan adalah filem The Shape of Water apabila dicalonkan 13 pencalonan termasuklah di kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. manakala Get Out tercalon dalam 3 kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Anda boleh lihat senarai penuh pencalonan disini.

Acara gilang gemilang ini akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagi penonton di Malaysia, bagaimana hendak menonton siaran langsung Anugerah Oscars ini?

Anda boleh menonton siaran langsung acara penganugerahan ini di saluran HBO (Astro Ch 411/HD 431) pada 5 Mac ini iaitu pada hari Isnin. Siaran langsung akan bermula pada jam 7.30 pagi (Oscars® Red Carpet) dan diikuti acara penganugerah (The 90th Academy Awards®) yang berlangsung pada 9.00 pagi. Acara ulangan akan berlangsung pada hari yang sama jam 7 Petang dan 8 Malam di saluran yang sama.

Selain itu juga, yang tidak berkesempatan untuk menonton di televisyen, anda boleh tonton di laman streaming Astro GO.

Jimmy Kimmel akan menjadi pengacara 90th Academy Awards® untuk kali kedua berturut-turut.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here