Orlando Bloom Kembali Membintang Filem ke-5 ‘Pirates Of The Caribbean’

0
318
views

will turner

‘Will Turner’ akan kembali dalam filem kelima Pirates of the Caribbean Dead Men Tell No Tales. Pekara itu disahkan oleh sumber semasa Expo Disney’s D23 pada 15 Ogos yang lalu. Ini sesuatu yang menarik kerana aktor Orlando Bloom yang memegang watak Will Turner itu tidak muncul bagi siri keempat iaitu Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides pada tahun 2011 lalu.

Orlando Bloom telah membintangi filem itu bermula siri pertama hingga yang ketiga, tetapi tidak pada siri keempat kerana wataknya ditamatkan pada siri ketiga dengan Will Turner menjadi ‘captain of the flying dutchman’ yang baru.

Ratusan pengunjung di Expo tersebut bersorak gembira semasa nama Orlando Bloom diumumkan akan kembali membintangi filem kelima Pirates of the Caribbean itu.

Untuk siri filem kelima ini, Johnny Depp juga disahkan masih memegang watak Captain Jack Sparrow dan  Kaya Scodelarioa juga akan diberi watak utama. Selain itu pelakon Geoffrey Rush (Kapten Barbossa), Stephen Graham, Javier Bardem, dan Brenton Thwaites turut akan menjayakan filem berkenaan.

Filem pengembaraan Jack Sparrow ini akan ditayangkan pada 7 Julai 201 7

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here