Orlando Bloom Bercinta Dengan Aktres Brazil?

0
202
views

orlando2

PELAKON British, Orlando Bloom kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan aktres Brazil, Luisa Moraes.

Ini kerana pasangan itu dikesan pernah bertemu janji di sebuah restoran makanan Jepun, Zooma Sushi di Malibu, baru-baru ini.

Menurut sumber, mereka kelihatan sangat mesra dan turut bertukar ciuman dalam pertemuan itu.

Orlando sebelum ini pernah berkahwin dengan supermodel Miranda Kerr pada Jun 2010 namun berpisah tiga tahun kemudiannya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, Flynn Christopher Bloom yang kini berusia empat tahun.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here