Orang Negeri Sembilan, Mari Tonton Trailer This Is Pilah The Movie

0
103
views

Empire Film Solution Sdn Bhd membawakan kepada anda sebuah filem drama komedi berjudul This is Pilah The Movie yang baka ditayangkan pada 21 Jun 2018. Diarahkan oleh Rosdi Md. Dali, filem ini dibintangi hampir kesemua pelakon yang berasa dari Negeri Sembilan Juzzthin, Zaidatul Iesna Mohd Raus, Kazar, Eliza Mustafa, Joey Daud, Ebby Yus dan penyanyi terkenal tanah air, Waris.

This Is Pilah The Movie mengisahkan tentang percintaan seorang pemuda bernama Jasni yang sudah lama menaruh hatinya pada Ara, gadis kampung pilihannya. Namun agak sukar untuk Jasni mengambil hati ibu Ara, Mak Siti yang memang dari mula tidak suka dengan Jasni yang dilihatnya sebagai seorang pemuda yang tidak mempunyai masa depan yang cerah walaupun bapanya, Pak Dollah, merupakan seorang usahawan yang berjaya.

Ibu Ara, Mak Siti mahukan bakal menantunya seorang yang dapat memberikan kebahagiaan kepada Ara, tanpa Ara perlu bekerja untuk mendapatkan rezekinya sendiri. Keadaan menjadi semakin kelam kabut apabila secara senyap-senyap, Pak Dollah sebenarnya juga sudah jatuh hati dengan Mak Siti. Dan untuk mengurangkan kekeliruan nanti, Pak Dollah dan Mak Siti tidak menggalakkan langsung Jasni berkahwin dengan Ara. Alasan yang diberikan ialah Jasni dan Ara adalah satu suku yang sama dan mengikut Adat Pepatih perkahwinan seperti ini sangat tidak digalakkan.

Impian Jasni semakin sukar apabila mendengar khabar yang Ara akan dipinang oleh seorang pemuda dari Seremban. Jasni tidak putus asa sehinggalah disahkan yang Pak Dollah akan menikah dengan Mak Siti. Namun Jasni mendapat semula semangatnya apabila dia disedarkan oleh Waris yang dia adalah anak angkat dan tidak mempunyai talian langsung dengan keluarga Arad an bukannya dari satu suku yamg sama. Walaupun begitu, Jasni perlu bertindak segera sebelum Ara menerimas peminangan dari pemuda Seremban itu.

Tonton trailer filem komedi drama ini dipemain video dibawah

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here