One Two Jaga Tercalon Dalam Kategori Filem Terbaik 12th Five Flavours Asians Film Festival

0
15
views

Walaupun kurang mendapat sambutan di negara sendiri, filem arahan Nam Ron, One Two Jaga terus mendapat pengiktirafan dunia apabila ianya tercalon dalam kategori utama, iaitu Filem Terbaik di 12th Five Flavours Asians Film Festival.

Filem tersebut akan bersaing dengan sembilan buah filem terbaik dari Asia di festival filem itu yang akan berlangsung di Warsaw, Poland dari 14 sehingga 21 November ini.

Ketika berkata pada akhbar Kosmo!, Nam Ron merasa gembira dengan pencalonan yang diterima filem arahannya itu.

“Pastinya saya berasa gembira namun sejujurnya, ini bukanlah kali pertama “One Two Jaga” tercalon dalam festival filem luar negara, kerana sebelum ini pernah dicalonkan di New York Asian Film Festival, Itali dan Shanghai, China.

“Ini membuktikan penerimaan masyarakat luar yang menghargai filem kita dan peluang bersaing dengan sembilan lagi karya terbaik Asia adalah suatu penghormatan, kerana Five Flavours Asians Film Festival bukan anugerah picisan,”

Festival filem ini dianjurkan oleh Arteria Art Foundation dengan sokongan Warsaw City Council, Polish Film Institute, Kementerian Kebudayaan dan Warisan Nasional Poland, Yayasan Jepun, Hong Kong Economic Trade Office, Create HK, HK Film Development Fund dan Asia-Europe Foundation (ASEF).

Acara berprestij ini dianjurkan bagi menyokong pembangunan seni dan budaya menerusi apresiasi secara penjurian bagi filem kontemporari dari seluruh Asia dan Eropah.

Dalam pada itu, prestasi filem yang memaparkan mengenai korupsi yang berlaku dalam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini hanya berjaya mengutip RM200 ribu sahaja selepas seminggu tayangannya di Malaysia.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here