One Two Jaga Ditayangkan Di Festival Filem Asian New York Ke-17 (NYAFF)

0
68
views

Filem tempatan terbaru “One Two Jaga” terus mengembara ke seluruh dunia apabila ia bakal ditayangkan di Festival Filem Asian New York Ke-17 (NYAFF) di Amerika Syarikat yang berlangsung dari 29 Jun hingga 15 Julai 2018.

Filem arahan Namron ini telah terpilih sebagai ‘Official Selection’ yang mana festival filem tersebut akan berlangsung di dua lokasi, iaitu Film Society of Lincoln Center dan SVA Theatre.

Festival aturan Subway Cinema dan Film Society of Lincoln Center (FSLC) adalah festival filem berprestij yang menyokong pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia, dan ia merupakan platform tayangan dan apresiasi terhadap filem-filem terpilih dari negara Asia.

Filem terbitan Pixel Play Entertainment milik pelakon Bront Palarae bersama rakan kongsi Rozi Izma ini berkisarkan tentang masalah korupsi yang berlaku dalam pasukan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Namron, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah, Rosdeen Suboh, Ario Bayu, Asmara Abigail dan ramai lagi.

Pada bulan April lalu, filem “One Two Jaga” telah dipilih untuk ditayangkan sebagai filem pembukaan untuk Festival Filem Udine Far East di Itali.

Tarikh tayangannya di Malaysia masih belum ditetapkan.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here