Ola Bola Terus Menganas, Kutip RM12 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

0
198
views

OlaBola-Poster-e1449813664213-700x419

Biarpun tidak dibarisi nama besar dalam dunia hiburan tanah air, filem Ola Bola, sentuhan pengarah, Chiu Keng Guan, terus mendapat sambutan hangat penonton dengan kutipan melebihi RM12 juta selepas 18 hari ditayangkan.

Keng Guan sebelum ini turut cemerlang bersama sebuah filem Cina berjudul The Journey, yang memungut lebih RM17 juta ketika ditayangkan pada Januari 2014. The Journey juga muncul filem terlaris di negara ini sebelum dipintas Polis Evo (RM17.3 juta), tahun lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Astro Shaw yang juga syarikat penerbitan filem terbabit, hari ini, sejak ditayangkan pada 28 Januari lalu, jualan tiketnya terus laris biarpun hampir tiga minggu diputarkan di panggung.

15ola.transformed
Salah Satu Babak Filem Ola Bola

Selain itu, Ola Bola masih mengungguli carta Top 10 Golden Screen Cinema (GSC) sejak mula ditayangkan akhir bulan lalu. Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola ialah kisah kejayaan, keberanian dan semangat bersatu-padu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekecewaan seterusnya muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar ini turut memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola Malaysia. Ia juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi serta konflik pasukan.

Naskhah yang menggunakan dialog Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil hasil lakon layar Chan Yoke Yeng dan Tan Pik Yee itu dibintangi oleh JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae dan Frankie Lee.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here