Ocean’s 8 Catat Kutipan $41.5 Juta Dollar

0
67
views

Filem spin off Ocean’s Eleven, Ocean’s 8 mencatat kutipan memberangsangkan apabila berjaya meraih $41.5 juta dolar pada tayangan minggu pembukaan, mengatasi kutipan filem sebelum ini berjudul Ocean’s Twelve yang mengutip $39.1 juta pada minggu yang sama.

Untuk pasaran antarabangsa, filem yang diarahkan Gary Ros ini berjaya meraih $12.2 juta dari 16 negara menjadikan jumlah keseluruhan kutipan minggu pertama mencecah $53.7 juta.

Filem spin off ini mengisahkan Debbie Ocean (lakonan Sandra Bullock) iaitu adik kepada Danny Ocean yang merancang untuk melakukan satu rompakan di sebuah majlis gilang gemilang yang terletak di kota New York. Bagi merealisasikan rancangannya itu, Debbie telah mengumpul krew-krewnya yang hebat yang terdiri daripada 7 wanita iaitu Lou (Cate Blanchett), Nine Ball (Rihanna), Amita (Mindy Kaling), Constance (Awkwafina), Rose (Helena Bonham Carter), Daphne Kluger (Anne Hathaway), dan Tammy (Sarah Paulson) untuk melakukan rompakan tersebut.

Diarahkan oleh pengarah filem The Hunger Games, Gary Ross dan ditulis oleh Olivia Milch, Ocean’s 8 juga turut menampilkan salah seorang krew Danny Ocean sebagai watak cameo iaitu Linus Caldwell lakonan Matt Damon.

Ocean’s 8 bakal menemui penonton pada 14 Jun 2018 (tayangan Malaysia)

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here