Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Nora Danish Terkejut Dengan Isu Cukai


Nora Danish

Dunia hiburan menjadi kecoh sebentar apabila artis cantik Nora Danish memberi cadangan agar artis sepertinya dikecualikan dari membayar cukai semata-mata bagi menampung kos penampilan diri mereka.

Media Utusan mengeluarkan laporan temubual antara mereka dan Nora Danish yang mengatakan LHDN patut memberi sedikit pelepasan cukai kepada pengiat seni memandangkan kos penampilan diri dianggap sebagai kos kerja mereka.

Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

Bagaimanapun Cadangan Artis tersebut mengundang pelbagai reaksi dari netizen dan kebanyakkannya memberi reaksi sinis terhadap Nora Danish. Ada yang mempersoalkan tahap kecerdikan beliau dan ada juga yang mahu keistimewaan seperti Nora Danish iaitu tidak dikenakan cukai oleh kerajaan.

Nora Danish yang terkejut dengan isu ini bagaimanapun tidak melatah, tapi menyatakan hasrat untuk mencari siapakah yang memutarbelitkan kenyataan beliau mengenai isu cukai ini.

https://instagram.com/p/BMgEKPDD2Xx/


Apapun, cukai telah menjadi pekara wajib apabila menjadi rakyat Malaysia, keadaan sekarang yang mempunyai pelbagai cukai seperti GST telah memberi kesan yang mendalam kepada rakyat begitu juga dengan golongan artis.


Related posts

Fazura Nafi Menjadi Punca Kepada Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin

Is Mohd

Makrifat Cinta Review

Ahmad Fariszuan

Tonton Trailer Makrifat Cinta Lakonan Syamsul Yusof

Kakimuvee

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Nora Danish: Dari Berlakon ke Nyanyian

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee