Nora Danish Telah Ambil Tindakan Ke Atas Akaun MissKepohOfficial

0
435
views

nora-danish-bertudung

Aktres wanita terkenal, Nora Danish dilaporkan telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebuah akaun Instagram yang dikenali sebagai MissKepohOfficial selepas teruk dihentam menerusi pelbagai foto dan kapsyen.

Pelakon utama filem Polis Evo juga turut memberitahu yang dia tidak pernah terkesan dengan sebarang gambar atau ‘caption’ yang dimuat naik oleh akaun tersebut.

“Sebenarnya saya tidak terkesan langsung sebab satu post yang dimuat naik oleh dia (Miss Kepoh) rasa lucu dan nak tergelak bila baca.

“Walau bagaimanapun tindakan sewajarnya telah diambil dan hanya masa yang akan menentukan. Kadang kala tak perlu kita membongkar siapa dia di sebalik akaun tersebut, tetapi lambat laun orang akan tahu juga,”

– Nora Danish

Beliau berkata demikian semasa di pelancaran filem Polis Evo di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Tambah Nora lagi, dia kini bangkit dan tidak lagi mahu mendiamkan diri selepas sering dihentam oleh umum menerusi laman media sosial.

“Saya sekarang sudah bangkit sebab rasanya sudah lama mendiamkan diri. Jika sebelum ini kalau ada orang hentam di Instagram saya mengambil pendirian untuk mendiamkan diri, tetapi sekarang tidak lagi kerana saya perlu pertahan diri dan tiba masa untuk saya betulkan keadaan,” – Nora Danish.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here