Noorkhiriah Dedah Kenapa Beliau Kembali Berlakon

0
120
views

Selepas mengumumkan persaraannya tahun lalu, pelakon Noorkhiriah kini kembali dalam dunia seni apabila dalam drama terbaru berjudul Nur. 

Berkata kepada Harian Metro baru-baru ini, pelakon tersebut mendedahkan sebab kenapa dia kembali ke dunia seni adalah disebabkan dia menerima tawaran berlakon watak dan jalan cerita yang tidak mungkin dia dapat menolak.

“Kononnya merajuk dan tidak mahu berlakon lagi. Sekali, Allah memberi drama yang mengetengahkan jalan cerita bagus kepada anda. Alhamdulillah, saya bersyukur masih diberi peluang berlakon dan gembira apabila diberi kepercayaan untuk bawa watak antagonis sebagai Aishah dalam drama berjudul Nur.”

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai wataknya itu, pelakon Papadom itu terkejut dengan penerimaan penonton terhadap lakonannya.

Impak lakonannya terbawa-bawa oleh penonton sehingga mengecamnya teruk di media sosial kerana dilabel sebagai seorang Muslimah melampau. Nookhiriah bagaimanapun tidak terjejas dengan segala kecaman penonton kerana ia membuktikan lakonannya berkesan dan diterima baik.

Selain Noorkhiriah, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Azhan Rani, Riena Diana dan Datuk Jalaludin Hassan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here