Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The New Mutant: James McAvoy Mungkin Tidak Membawakan Watak Profesor X?


James McAvoy dilaporkan tidak akan kembali membawakan watak Profesor Charles Xavier dalam filem akan FOX Marvel akan datang, X-Men: The New Mutant. Filem tersebut merupakan spinoff filem X-Men yang menampilkan kumpulan pelajar yang memiliki abiliti-abiliti yang dimiliki oleh kaum Mutant.

Sebelum ini dua pelakon telah disahkan untuk membawakan karakter dalam filem berkenaan iaitu Maisie Williams sebagai Wolfbane dan Anya Taylor-Joy sebagai Magik. Namun, ura-ura yang mengatakan James akan turut berlakon dalam filem berkenaan telah disangkal oleh salah seorang wartawan The Hollywood Reporter, Borys Kit.

Bagaimanapun, James McAvoy akan kembali dalam filem X-Men seterusnya Dark Phoenix yang merupakan filem terakhirnya seperti yang tertulis dalam kontrak beliau dengan pihak studio. Mungkin ketiadaan James dalam filem The New Mutant menandakan pengakhiran kontraknya bersama pihak Fox dalam filem-filem Mutant seterusnya?

Sebelum ini, pelakon yang membawakan watak Profesor Charles Xavier, Patrick Steward telah bersara dari membawakan watak tersebut, James McAvoy pula membawakan watak tersebut semasa waktu muda, mungkin disebabkan timeline X-Men yang telah jauh kehadapan menyebabkan pihak studio untuk memikirkan pelakon baru yang sesuai seiring dengan timeline X-Men dan mengelakkan wajah Profesor X (yang dilakonkan oleh James McAvoy) yang tidak langsung kelihatan tua sejak filem pertama, X-Men: First Class yang berlatarbelakangkan zaman 60-an.

Apapun, kita tunggu perkembangan diantara James dan pihak Fox samada kontraknya disambung ataupun tidak.


X-Men: The New Mutants dijangka akan ditayangkan pada 13 April 2018.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee