‘New Mutant’ Bakal Mempunyai Trilogi Filem Seramnya Sendiri

Agak menarik sebenarnya melihat studio Fox menghasilkan sebuah filem superhero yang lain dari kebiasaannya. Selalunya kita akan menonton filem-filem superhero yang penuh dengan babak-babak aksi, tetapi filem arahanan Josh Boone sangat berbeza dari tipikal filem superhero yang lain. New Mutant dilihat kepada sebuah filem seram superhero berbanding sebagai sebuah filem aksi. Kelainan yang cuba dibuat oleh pengarah dan studio Fox sudah tentu memberikan satu cerita yang cukup segar kepada peminat-peminat filem superhero.

Terbaru, pengarah Josh Boone mendedahkan, filem New Mutant akan mempunyai triloginya sendiri dengan setiap filem yang dihasilkan akan mempunyai subgenre berlainan. Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa ditemuramah oleh IGN

Loading...

“These are all going to be horror movies, and they’re all going to be their own distinct kind of horror movies,” he told the site. “This [first one] is certainly the ‘rubber-reality’ supernatural horror movie. The next one will be a completely different kind of horror movie.”

“Our take was to examine the horror genre through comic book movies and make each one its own distinct sort of horror film”. – Josh Boone

Jadi, filem-filem sekuel New Mutant nanti kita akan disajikan sebuah filem seram superhero yang mempunyai subgenre yang berbeza. Sebagai contoh filem pertama ini lebih kepada ‘supernatural horror movie’ manakala filem kedua dan tiga mungkin akan mempunyai genre filem seram yang berlainan.

Josh Boone sebelum ini mendedahkan bahawa, novel karya Stephen King yang berjudul The Talisman adalah inspirasinya dalam menulis skrip filem arahannya ini. Boone dikatakan mempunyai hubungan baik dengan novelist berkenaan dan juga terlibat dalam perancangan filem adaptasi novel Stephen King yang berjudul Revival sebagai penulis skrip dan mungkin akan mengarahkan filem tersebut.

New Mutant akan ditayangkan pada 13 April 2018

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *