Netflix Umum Sekuel Bright, David Ayer Kembali Mengarah

0
66
views

Disebabkan kejayaan filem Netflix Bright yang menjadi filem nombor satu di Netflix seluruh dunia, laman streaming berbayar itu telah mengumumkan sekuel filem berkenaan akan dihasilkan dengan David Ayer akan meneruskan tugasnya sebagai pengarah dan penulis manakala bintangnya, Will Smith dan Joel Edgerton akan kembali membawa watak utama.

Filem berkenaan yang dilancarkan pada 22 Disember 2017 dilaman streaming itu telah menjadi ‘hit’ diseluruh dunia dan menjadi filem yang paling banyak ditonton pada minggu pertama tayangan walaupun pengkritik filem dilaman Rottentomatoes memberi respond negatif terhadap filem tersebut dengan hanya memberi rating sebanyak 28%.

Bright mengisahkan dua anggota polis dari latarbelakang yang berbeza (Ward, polis manusia yang dilakonkan Will Smith, dan Jakoby, polis Orc lakonan Joel Edgerton) yang perlu mengenepikan perbezaan peribadi mereka untuk melindungi seorang remaja perempuan dari latarbelakang Elf dari jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain Will Smith dan Joel Edgerton, antara pelakon lain yang membintangi filem ini adalah Noomi Rapace, Lucy Fry, Edgar Ramirez, Ike Barinholtz, Enrique Murciano, Jay Hernandez, Andrea Navedo, Veronica Ngo, Alex Meraz, Margaret Cho, Brad William Henke, Dawn Oliveri, dan Kenneth Choi. Manakala Max Landis. David Ayer, Eric Newman merupakan penulis filem ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here