Nantikan Trailer Infinity War Malam Ini

0
14
views

Pastinya ramai peminat-peminat filem superhero terutamanya Marvel tidak sabar melihat trailer rasmi pertama filem Avengers: Infinity War. Walaupun ramai yang telah menonton trailer comic-con yang bocor beberapa bulan lalu, tetapi peminat filem Marvel tetap menunggu trailer rasmi dari Marvel Studio.

Melalui laman Twitter rasmi Marvel Studio, mereka telah mengumumkan akan mengeluarkan trailer pertama pada malam ini. Jadi kepada peminat-peminat Marvel, nantikan trailer mereka sekitar jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam ini. Dijangka ia akan mula disebarkan di seantaro dunia menerusi laman Youtube, Facebook dan Twitter. Tapi sebelum itu mari kita tonton teaser trailer Infinity War yang boleh membakar semangat anda untuk menonton trailer rasmi malam ini.

Avengers: Infinity War diarahkan oleh bekas pengarah filem Captain America: The Winter Soldier dan Captain America: Civil War, Anthony and Joe Russo. Antara bintang yang disahkan berlakon dalam filem ini adalah obert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.

Avengers: Infinity War akan menemui penonton pada 4 May 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here