Nantikan Filem One Two Jaga Yang Mengisahkan Sisi Gelap PDRM

0
38
views

One Two Jaga,  merupakan sebuah filem yang memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakt kita sekarang ini. Diarahkan oleh Nam Ron, filem bertemakan kepolisan ini mengisahkan tentang di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Agak jarang kita dengari mana-mana filem tempatan menghasilkan sebuah filem seperti ini yang menampilkan sisi gelap anggota polis. Walaupun menunjukan sisi gelap anggota polis yang gagal dalam menjalankan tugas dan amanah, One Two Jaga tetap mendapat sokongan dari Polis Diraja Malaysia kerana mesej yang disampaikan cukup kuat iaitu memerangi dan menjauhi rasuah baik dikalangan anggota polis dan juga mana-mana badan penguatkuasaan.

Filem bergenre aksi drama ini dikeluarkan oleh produski tempatan iaitu Pixel Play, manakala penerbitnya pula adalah pelakon yang cukup anda kenali, iaitu Bront Palarae bersama-sama penerbit executive, Robert Lundberg dan Leon Tan

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang sangat hebat dan cukup berbakat – ia mengabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia antaranya Beto Kusyairi, Datin Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu, Zahiril Adzim dan Asmara Abigail.

One Two Jaga telah memulakan pengambaran mereka pada 15 Julai 2016 dan dijangka akan ditayangkan di pawagam tempatan tidak lama lagi. Sementara menantikan filem hebat ini, mari kita tonton trailer One Two Jaga yang dihasilkan pada tahun 2014

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here