Nadia Brian Bekerja Kuat Demi Jayakan Watak Dalam Filem Ratu Kala Jengking

0
96
views

 

Demi menjayakan wataknya, pelakon Nadia Brian mendedahkan dia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan filem sulungnya berjudul Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda arahan Bade Hj Azmi.

Nadia Brian yang membawakan watak Siti perlu mempelajari silat, menari, bergelut dengan ular serta perlu mengenakan solekan khas dan memakai sebanyak 80 baju membabitkan 106 babak.

“Saya mula belajar silat dua minggu sebelum proses penggambaran dimulakan. Ini pertama kali saya belajar seni mempertahankan diri. Kelas diberikan dua kali sehari. Saya perlu fokus kerana ini membabitkan seni silat.

“Alhamdulillah sepanjang latihan saya tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali sakit badan. Malah pada hari pertama penggambaran saya perlu bergelut dengan ular sawa. Ditambah pula lokasi sepenuhnya dijalankan dalam hutan di Kota Tinggi, Johor,”

Tambah pelakon berusia 27 tahun ini lagi, untuk menjayakan watak ini dia perlu mempunyai stamina dan kesihatan yang baik. Nadia bagaimanapun tidak mengeluh dengan kerja keras yang perlu diberikan sebaliknya teruja kerana watak seperti ini watak impiannya sejak mula menceburi dunia lakonan.

Jelasnya lagi, watak mencabar seperti Siti dalam filem terbitan A Aida Productions ini mampu menguji kemampuan lakonannya sekaligus dia dapat memberikan lakonan berkualiti.

Dalam pada itu, selain terpaksa melakukan babak aksi Nadia turut terpaksa akur dengan kehendak watak Siti yang memerlukannya beraksi berahi. Bagaimanapun babak itu dibuat mengikut garis panduan ditambah kebanyakan produksi sekarang lebih menjaga sensitiviti, oleh itu dia tidak bimbang.

Selain Nadia, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Amar Asyraf, Mas Khan, Fizz Fairuz, Firman, Eyra Hazali, Raja Azmi dan Fauziah Nawi.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda akan menemui penonton pada awal tahun 2019.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here