Nadia Brian Bawa Watak Utama Dalam Filem Ratu Kala Jengking

0
237
views

Aktres Nadia Brian bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Ratu Kala Jengking tidak lama lagi. Lebih menarik, pelakon tersebut telah diberi tanggungjawab besar apabila bakal menggalas watak utama dalam filem yang bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Menurut Nadia, sebelum penggambaran dia akan terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang di Indonesia selama sebulan.

“Saya akan terbang ke Indonesia 2 April ini. Dalam tempoh sebulan itu, saya akan menjalani penggambaran untuk program Jom Fashion terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Jadi, alang-alang berada di sana, saya akan belajar mengenai ilmu persilatan dan mendalami budaya mereka terutamanya mengenai tarian kuda kepang.

“Ini kerana watak saya dalam filem itu iaitu sebagai Cik Siti Tanah Masyhur atau Ratu Kala Jengking memerlukan saya melakukan beberapa aksi silat dan tarian kuda kepang,”

Pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu penggambaran filem terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu akan bermula pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filemnya itu Nadia mengakui berdepan cabaran besar apabila dia perlu fasih untuk bertutur dalam Bahasa Melayu klasik berikutan ia berlatarbelakangkan pada tahun 1940an.

Ratu Kala Jengking akan mengisahkan tentang Cik Siti Tanah Masyhur yang memiliki ilmu hitam dan perlu membunuh pasangannya untuk terus kekal muda dan jelita.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here