Nad Zainal Kurangkan Bawa Watak Berat

0
63
views

Pelakon Nad Zainal berkemungkinan akan mengurangkan berlakon watak-watak berat yang memerlukannya bermain dengan emosi kerana dia sering terbawa-bawa lakonannya hingga ke rumah.

“Alhamdulillah, selepas berkahwin saya lebih banyak ditawarkan dengan watak seperti watak ibu wanita berkahwin dan drama berat. Saya selesa dan tiada masalah untuk membawakan watak yang bermain dengan emosi. Cuma, suami saya ada ingatkan saya jangan selalu sangat terima watak berat, satu atau dua kali dalam setahun cukup.

“Sebabnya, saya akui kadang-kadang saya terbawa-bawa emosi itu hingga ke rumah. Kadang-kadang balik dari penggambaran saya termarah suami. Bukan saja suami, pengurus saya pun saya marah. Tapi mujur mereka memahami kerja dan cara lakonan saya,” ujarnya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran dan menggunakan masa terluang dengan berniaga di bazaar.

Bercerita lanjut mengenai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, pelakon Kami Histeria ini berkata dia sudah pun siap membuat segala persiapan raya yang mana pada tahun ini dia dan keluarga akan beraya di rumah ibu bapa mereka di Ampang sebelum pulang ke kampung suami di Johor pada raya kedua.

Sementara itu, Nad akan kembali aktif berlakon pada minggu kedua raya apabila dia akan terbang ke Romania untuk menjalani penggambaran telefilem selama seminggu.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here