Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Nabil Bakal Hasilkan Filem Pertamanya Berjudul Unwanted


Pelakon, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad terus melebarkan sayapnya dalam dunia seni apabila bakal menerbit dan mengarahkan filem sulungnya tidak lama lagi. Filem berjudul Unwanted ini kini dalam peringkat pre-produksi dan dijangka akan memulakan penggambaran pada Februari tahun hadapan.

Dalam filem tersebut, Nabil bukan sahaja terlibat sebagai pelakon, malah beliau turut menulis skrip dan mengarahkan filem tersebut bersama dengan Helmi Yusof.

Filem yang menelan belanja kira-kira RM5 juta ini akan mengisahkan tentang seorang ‘loser’ yang mahu belajar cara berlawan di YouTube dan akhirnya bertukar menjadi seorang pejuang yang hebat.  Selain Nabil, pelakon hebat seperti Remy Ishak dan Aaron Aziz akan turut muncul dalam filem ini sebagai penampilan khas.

Pihak Nabil juga sebelum ini dikatakan dalam perbincangan untuk turut menampilkan pelakon seni mempertahankan diri terkenal Indonesia Iko Uwais, namun ia masih belum disahkan.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee