Nabil Ahmad Dan Sherry Alhadad Pengacara Malam FFM 27

0
573
views

Nabil-Ahmad-770x470

Pada Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) nanti, pelawak Nabil Ahmad dan Pengacara Sherry Alhadad telah diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai pengacara malam kemuncak festival itu, manakala pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September bertempat di Symphony Lake Suite, KLCC

Selain itu juga, majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis terkenal tanah air iaitu Amy (Search), Misha Omar, Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Joe Flizzow, SonaOne dan Amir Jahari. Seramai 21 selebriti dan pengiat seni tanah air turut terlibat dalam majlis penyampaian trofi kemenangan kepada pemenang pada malam kemuncak FFM 27.

Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Christina Suzanne, Izzue Islam, Aziz M. Osman, Zizie Ezette, Syafie Naswip, Scha Alyahya, Syafiq Yusof, Nur Fazura, Datuk Eizlan Yusof dan Hans Isaac.

Zulin Along Sherry

Selain itu, Raja Ema, Datuk Yusof Haslam, Yana Samsudin, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Shaheizy Sam, Datin Sofia Jane, Erma Fatima, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pansha.

Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM 27 merangkap Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman berkata, barisan pengacara yang terdiri dariapada pelawak adalah berikutan memberi kelainan terhadap terhadap penganjuran kali ini.

“Pemilihan pelawak-pelawak sebagai pengacara adalah disebabkan kita mahu penganjuran kali ini berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini. Kita tidak mahu terlalu serius, sebaliknya lebih santai,” ujarnya dalam sidang media memperkenalkan pengacara dan penyampai anugerah FFM 27 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Sebanyak 140 pencalonan merangkumi 24 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

Tema FFM 27 kali ini bertemakan Sehati Sejiwa.

Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthings Film Sdn Bhd mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 pencalonan daripada 24 kategori.Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut, Dollah Superstar, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Terbaik Dari Langit.

Sementara itu, pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM 27 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Sumber: mStar.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here