Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ArkibOfficial Trailer

My Stupid Boss


My Stupid BOss

Tarikh Tayangan: 19 Mei 2016
Genre: Komedi
Pengarah: Upi Avianto
Penulis Skrip:
Pelakon: Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah, eza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abbad dan Ronny P Tjandra
Syarikat Produksi: Falcon Pictures. (Indonesia)
Edaran: Skop Productions Sdn Bhd (Malaysia)

Plot:

Filem My Stupid Boss mengisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.

Film-My-Stupid-Boss-2016

Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan. Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’.

Boss

Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.



Related posts

Bunga Citra Lestari Tambah Berat Badan My Stupid Boss 2

Is Mohd