Musim Terakhir Game of Thrones Akan Ditayangkan Pada 2019

0
276
views

Game of Thrones perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk menonton rancangan musim terakhir siri fantasi popular tersebut. Berita terbaru yang dikeluarkan oleh HBO itu membuatkan para peminat perlu menunggu tempoh lebih setahun sejak berakhirnya musim ketujuh,

Menurut saluran kabel HBO lagi, Game of Thrones musim terakhir akan mengandung enam episod sahaja. Ia bagaimanapun tidak menyebut bilakah tarikh tayangan siri televesiyen berkenaan.

Siri yang mengangkat tema dunia fantasi zaman pertengahan itu merupakan rancangan HBO paling berjaya dengan kira-kira 30 juta penonton di Amerika Syarikat (AS) sahaja, dan jutaan lagi di seluruh dunia.

Dalam musim terakhir program yang mendapat anugerah Emmy itu, penonton bakal mengetahui kelompok kerabat pahlawan yang mana dalam ‘Seven Kingdoms of Westeros’ bakal memenangi perjuangan untuk berada di tampuk kuasa ‘Iron Throne’.

Produksi musim terakhir akan bermula pada Oktober lalu, dan penggambaran dijangka berlangsung sehingga pertengahan 2018.

Ketua Program HBO Casey Bloys, memberitahu terdapat beberapa adegan akhir akan dibuat untuk mengelakkan kemungkinan kebocoran dan penggodaman jalan cerita.

Pereka siri itu, David Benioff dan D.B. Weiss memberitahu Entertainment Weekly pada 2016 bahawa mereka mahu menghasilkan finale yang sangat hebat. HBO juga mengesahkan bahawa mereka berdua turut bertindak selaku pengarah bagi musim terakhir tersebut.

Jarak masa yang panjang menjelang musim terakhir memberi peluang kepada penulis George R.R. Martin untuk menghabiskan satu atau dua novel baharu Game of Thrones, yang dikhabarkan sudah mula ditulis sejak Julai lalu.

Siri televisyen tersebut sudahpun melepasi susur masa daripada lima siri novel Martin, A Song of Ice and Fire.

Sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here