Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Musim Ke-8 Siri Game of Thrones Akan Disiarkan Tahun Hadapan


HBO akan membuat tayangan debut musim terakhir siri popular Game of Thrones pada separuh pertama tahun 2019 seterusnya merancang memulakan produksi untuk sebuah prekuel.

Presiden Kandungan Program HBO, Casey Bloys, yang berucap dalam acara Television Critics Association, bagaimanapun menolak untuk memberikan butiran lanjut tentang musim kelapan dan terakhir Game of Thrones itu.

Tarikh khusus tayangan perdana juga belum didedahkan.

Siri fantasi zaman pertengahan yang pernah menggondol anugerah Emmy itu merupakan siri HBO paling popular dengan 30 juta penonton di Amerika Syarikat dan berjuta-juta lagi pengikut setia di seluruh dunia.

HBO juga sedang dalam proses mencari pengarah dan pelakon bagi musim prekuel, yang akan memulakan penggambaran pada tahun depan.


Rangkaian penyiaran itu mengumumkan pada Jun lalu bahawa pihaknya sudah memesan episod permulaan dan akan meneruskan penggambaran siri penuh jika semuanya lancar.

Prekuel yang masih belum mempunyai judul itu akan mengambil latar belakang susur masa ribuan tahun sebelum bermulanya Game of Thrones.

HBO juga sedang mempertimbangkan lima skrip berbeza sebelum membuat keputusan mengenai acuan prekuel tersebut.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Jumlah Penonton “House of the Dragon” Terus Meningkat

Kakimuvee

Penggambaran Siri HBO “House of the Dragon” Telah Selesai

Kakimuvee

HBO Lancar Gambar Pertama “House of the Dragon”

Kakimuvee

HBO Max Bangunkan Siri Animasi “Game of Thrones”

Kakimuvee

HBO Rancang Satu Lagi Prequel “Game Of Thrones”

Kakimuvee

HBO Asia Reveals Malaysians’ Top Picks For 2019

Is Mohd