Muse Review

0
469
views

Review Filem Muse
Director : Jaume Balaguero
Skrip : Jaume Balaguero & Fernando Navarro
Adaptasi dari karya Jose Carlos Somoza

(AMARAN SPOILER)

Mengisahkan tentang kehidupan seorang Pensyarah Literasi yang berkhidmat di sebuah pusat pengajian tinggi. Diminati oleh seorang penuntutnya dan kisah cinta mereka berkembang sehinggalah wanita itu membunuh diri pada suatu ketika. Bermula daripada peristiwa tersebut, Professor tadi yang dikenali dengan nama Samuel telah mengalami satu mimpi pelik yang berulang ulang di mana dalam mimpi tersebut terdapat seorang wanita yang telah dibunuh oleh sekumpulan lembaga yang memakai pakaian serba hitam dan membunuh wanita tadi dalam satu ritual yang dipanggil “The White Ring”.

Kisah ini diteruskan lagi apabila pada suatu hari, Samuel telah mendapati bahawa terdapat satu kejadian pembunuhan yang berlaku dan lebih mengejutkan wanita yang dibunuh itu adalah sama seperti wanita yang dibunuh di dalam mimpinya. Semasa beliau pergi ke tempat kejadian itu, beliau telah terserempak dengan seorang lagi wanita yang mempunyai mimpi yang sama sepertinya. Kemudian, dengan bantuan seorang lagi pakar puisi dan Bahasa yang merupakan rakan kepada Samuel, mereka terus menyiasat kejadian di sebalik perkara ini semua berlaku dan hasil penyiasatan mereka membawa kepada satu penemuan yang mengejutkan.

Filem Muse ini sebenarnya mengisahkan tentang Lagenda 7 Orang Dewi Muzik yang merasuk penyair dan pemuisi di alam manusia. Mereka menggunakan manusia untuk menyalurkan bait – bait kata mereka yang cukup indah dalam usaha mereka untuk menawan dunia manusia dan memporak perandakannya. Antara nama pemuisi terkenal yang dikatakan pernah didatangi oleh Dewi Muzik ini adalah Shakespear. Dengan ini, menjadikan sesetengah puisi Shakespear itu sukar difahami.

Plot yang agak berat dimainkan dalam fiem ini kira kira selepas 25 minit bermula. Segala apa yang berlaku dalam filem ini tidak disampaikan secara terus menerus, sesuai dengan konsep mitos yang digunakan dimana jawapan kepada satu persoalan dijawab dengan menggunakan watak dan peristiwa yang berlainan dalam perjalanan filem Muse ini.

Unsur suspen juga dibina dengan cara perlahan dengan penggunaan jumpscare yang agak minima akan tetapi ditambah dengan elemen gore yang mampu mewujudkan suasana seram secara visual kepada penonton. Walaupun perkembangan watak yang dilihat agak lemah bagi sesetengah watak ini namun itu berkemungkinan adalah sebahagian daripada tujuan pihak produksi yang ingin menampakkan bahawa watak 7 Dewi Muzik ini kekal misteri.

Bagi peminat filem seram, filem ini adalah sebuah filem yang harus anda tonton kerana ia boleh dikatakan lari daripada tipikal filem seram yang sedia ada.

“ Number One, Invite. Number Two, Invoke. Number Three, Lies. Number Four, Punish. Number Five, Foretell. Number Six, Inpatient. Number Seven, Hide.”

Rating : 7/10

Peringatan : beberapa babak seks dan gore telah ditapis oleh pihak LPF di dalam filem ini untuk tayangan di pawagam Malaysia namun tidak menjejaskan keseluruhan plot penceritaan.

Muse

0.00
7

SERAM / SUSPEN

7.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

7.0/10

PLOT / CERITA ASAL

7.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

7.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here