Munafik Kutip RM8.5 Juta Selepas 11 Hari Tayangan

0
448
views

Munafik poster

Filem arahan Syamsul Yusof, Munafik terus mencipta kejutan apabila telah mengaut keuntungan tiket sebanyak RM8.5 juta selepas 11 hari ditayangkan dipawagam. Dengan kejayaan kutipan tiket ini bermakna, filem seram ini berjaya memintas satu lagi filem Box Office tempatan iaitu Ola Bola yang berjaya mengutip sebanyak RM8 juta selepas 13 hari ia ditayangkan.

Filem seram ini bukan sahaja menarik penonton berbangsa melayu, malah ianya turut berjaya menarik penonton berbangsa lain untuk dapat menontonnya. Seram dan jalan cerita yang menakutkan menjadi faktor kejayaan filem Munafik ini.

Munafik telah ditayangkan pada 25 Februari yang lalu dan telah menelan belanja sebanyak RM1.9 juta dengan Yusof Haslam selaku penerbit.

Antara pelakon yang membintangi filem Munafik ini adalah Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Pekin Ibrahim. Selain itu juga, Datuk Rahim Razali dan juga A. Galak turut terlibat sebagai pelakon dalam filem ini

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here