Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Munafik 3 Akan Dihasilkan, Sasar Tayangan 2020


Munafik bakal dijadikan trilogi apabila penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam mengesahkan Munafik 3 bakal menemui penonton 2 tahun dari sekarang. Beliau berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial Instagram rasmi Munafik 2.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton filem Munafik 2 kerana anda semua memberikan sokongan pada kepada filem ini. Jangan lupa saksikan terus filem “Munafik 2” dan jangan lupa tunggu “Munafik 3″ dua tahun daripada sekarang,”

Filem yang mula ditayangkan sejak 30 Ogos lalu di seluruh negara, Brunei dan Singapura ini telah mencipta sejarah dan rekod apabila menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada minggu pertama apabila berjaya meraih RM21 juta.

Munafik 2 dibintangi oleh Syamsul Yusof sendiri serta barisan pelakon hebat lain seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Mawi dan ramai lagi.

Sementara itu, selain Malaysia, Brunei dan Singapura, filem seram ini akan turut ditayangkan di Indonesia seminggu selepas tayangan rasminya, manakala tiga buah negara jiran lain seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja juga turut mahu menayangkan filem ini.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan