Munafik 2, Hantu Kak Limah Terus Bertahan, Paskal Kutip RM7.5 Juta

0
9
views

Filem aksi perang arahan Adrian Teh mengikut jejak langkah Munafik 2 dan Hantu Kak Limah apabila berjaya meraih RM 7.5 juta selepas 4 hari tayangannya. Selain itu juga, filem tersebut turut berjaya meraih kutipan tinggi pada hari pembukaan dengan kutipan sebanyak RM2 juta. Bagaimanapun, rekod kutipan pada hari pembukaan masih dipegang filem Munafik 2 yang meraih lebih RM5 juta.

Selain Paskal, beberapa filem tempatan turut ditayangkan pada bulan September yang lalu. Filem arahan Nam Ron, One Two Jaga yang nampak sepi pada minggu pertama masih mampu bernafas dan masih ditayangkan dibeberapa pawagam tanah air dengan kutipan terkini mencecah RM 337,446 ribu. Sementara itu, filem arahan Osman Ali iaitu Langsuir berjaya meraih RM1 juta sejak ditayangkan manakala filem berunsurkan politik iaitu Rise: Ini Kalilah terkulai layu apabila hanya berjaya meraih RM 58,411 Ribu, jauh lebih rendah dari filem yang dikecam penonton tempatan iaitu Badang.

Setakat ini, Munafik 2 masih mendominasi kutipan tertinggi filem tempatan dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 37.2 juta diikuti filem Hantu Kak Limah dengan kutipan sebanyak RM 31.1 juta.

Berikut adalah senarai kutipan filem-filem tempatan sehingga 2 Oktober 2018

Munafik 2 – RM37.2 juta
Hantu Kak Limah – RM 31.3 juta
KL Special Force – RM 12.2 juta
Paskal – RM 7.5 juta
Dukun – RM 6.2 juta (TIDAK RASMI)
Lee Chong Wei – RM 4.7 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Pulang – RM 1.6 juta
Vedigundu Pasangge – RM 1.15 juta
Langsuir – RM 1 Juta
Wheely – RM 802,047 Ribu
One Two Jaga: RM 337,446 Ribu
Blok 404 – RM 220,275
Villavan – RM 194,484
Million Loves in Me – RM 183,337
Makrifat Cinta – RM 138,686
Thirudathey Papa Thirudathey – RM 120,664 Ribu
Bukan Cinta Malaikat – RM 127,940
Best Story – RM 123,077
Atcham Thavir – RM 120,396
Buyer Beware – RM 107,299
Neeyumm Naanum – RM 107,089 Ribu
Badang – RM 93,496
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 89,420.70
Shun Pong O – RM 73,266
Busker – RM 68,739
Rise: Ini Kalilah – RM58,411
Ghora – RM 50,414
Surf This Love – RM 47,724
This Is Pilah – RM 45,843
Sughamaai – RM 44,409
Blue Tears – RM 20,128
33KM From KL – 18,779
Qhaliq – RM 14,196
Impermanence – RM 9,313
Enjin No. 9 – 7,566.17
Bidong The Boat People – RM 3,536

Sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here