‘Mr. Bean’ Kembali Dalam Filem Terbaru, Johnny English Strikes Again!

0
164
views

Rowan Atkinson kembali membawakan watak pengintip dalam filem terbaru berjudul The Johnny English Strike Again. Trailer pertama filem terbitan Focus Features dan Working Title itu telah pun dilancarkan hari ini dan anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

The Johnny English Strike Again merupakan filem komedi pengintipan ketiga yang menampilkan Johnny English sebagai ejen British. Filem terbaru ini mengisahkan tentang serangan siber oleh pihak tertentu yang boleh menyebabkan identiti rahsia ejen-ejen Britain terbongkar. Johnny English terpaksa kembali dari persaraannya dan kini harapan untuk membongkar serta menumpaskan rancangan pengodam yang jahat berada ditayangan Johnny English. Bagaimanapun teknologi moden menyukarkan misinya, mampukah Johnny English menyelesaikan misinya?

Diarahkan oleh David Kerr dan ditulis oleh William Davies, ia turut dibintangi Ben Miller, Olga Kurylenko, Emma Thompson, dan Jake Lacy.

Johnny English Strike Again akan menemui penonton pada 20 Septemberi 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here