MonoloQue Bakal Bergelar Pengarah

0
136
views

Selepas berkecimpung dalam dunia muzik lebih 20 tahun dan berjaya mencipta nama, MonoloQue kini mahu terus melebarkan sayap seninya ke bidang filem pula.

Namun MonoloQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar bukannya mahu menjadi pelakon, sebaliknya dia mahu menjadi sutradara kepada sebuah filem yang mengangkat kehebatan alat muzik tradisional.

“Saya mahu jadi pengarah filem kerana karya yang bakal diketengahkan adalah mengisahkan mengenai alat muzik gamelan.

“Saya ambil masa begitu lama untuk menyiapkan karya yang mahu difilemkan itu kerana membuat kajian terperinci. Saya buat kajian selama 10 tahun mengenai alat muzik gamelan yang begitu unik. Saya sebebarnya melakukan kajian teliti pada alat muzik itu kerana mahu menghasilkan single dan dimuatkan dalam satu album istimewa,” 

MonoloQue atau lebih mesra dengan panggilan Loque, berkata skrip filem itu sudah pun siap dan kini dalam pencarian pihak yang sudi untuk menyalurkan dana dan sekaligus bekerjasama untuk menghasilkan filem itu.

Dalam pada itu, pemain gitar kumpulan Butterfingers ini berharap filemnya akan mendapat kerjasama daripada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), selain mengalu-alu rumah produksi filem tempatan yang berminat untuk melabur dalam filemnya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangannya, Loque baru sahaja muncul dengan single terbarunya berjudul “Chinta” yang mana susunan muziknya diperkasakan dengan alunan rentak gamelan.

Single tersebut akan dimuatkan dalam album “Lagu Perang” yang bakal dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here