Mission Impossible Rouge Nation Kuasai Carta Box Office Minggu Lalu

0
212
views

Mission-Impossible-5-test-audience-reactions

Filem terbaru Mission Impossible: Rouge Nation berjaya mengungguli carta teratas senarai filem Box Office di Amerika Syarikat. Filem yang ditayangkan pada minggu lepas telah berjaya mengutip $56juta. Ia merupakan kutipan kedua terbaik untuk siri filem aksi itu selepas filem Mission Impossible II yang mencatat kutipan tiket sebanyak $57.8 pada tayang hujung minggu di Amerika Syarikat pada tahun 2000.

Lakonan berkesan dan aksi stunt Tom Cruise menjadi faktor utama menjadikan filem berkenaan mendapat sambutan hangat diseluruh dunia. Filem berbuget $150 juta ini dijangka akan terus mengungguli carta untuk minggu kedua tayangan walaupun berdepan dengan saingan sengit filem terbaru Marvel/FOX iaitu Fantastic Four yang akan ditayangkan pada minggu ini.

Berdasarkan sambutan diterima, pemerhati percaya penerbitnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan keuntungan terutama melalui perolehan dari luar negara.

Sementara itu filem terbitan Warner Bros, Vacation, bermula agak perlahan mendapat perhatian peminat. Dihasilkan dengan kos AS$30 juta, tayangan semalam menunjukkan hanya AS$14.9 juta dikumpul atau AS$21.2 juta sejak ditayangkan Rabu lalu.

Pengkritik kelihatan kurang bersimpati kepada filem komedi arahan John Frances Daley dan Jonathan Goldstein itu,manakala peminat kurang teruja dengannya. Jurucakap penerbit berkata Vacation kurang memberangsangkan kerana perhatian orang ramai dibayangi kemunculan Mission: Impossible – Rouge Nation.

Berikut senarai 10 filem terlaris pada minggu ini:

  1. Mission: Impossible – Rogue Nation (AS$56 juta, termasuk AS$65 juta di pasaran antarabangsa)
  2. Vacation (AS$14.9 juta)
  3. Ant-Man (AS$12.6 juta, AS$20 juta pasaran antarabangsa)
  4. Minions (AS$12.2 juta, AS$39.1 juta pasaran antarabangsa)
  5. Pixels (AS$10.4 juta, AS$19.8 juta pasaran antarabangsa)
  6. Trainwreck (AS$9.7 juta, AS$9 juta pasaran antarabangsa
  7. Southpaw (AS$7.5 juta, AS$3 juta pasaran antarabangsa)
  8. Paper Towns AS$4.6 juta, AS$6 juta pasaran antarabangsa)
  9. Inside Out (AS$4.5 juta, AS$17.8 juta pasaran antarabangsa)
  10. Jurassic World (AS$3.8 juta, AS$4.4 juta pasaran antarabangsa)
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here