Michelle Yeoh Membintangi Siri Star Trek: Discovery

0
290
views

michelle-yeoh-star-trek-discovery-kakimuvee

Michelle Yeoh terus mencipta nama di persada Hollywood apabila dikatakan bakal membintangi drama bersiri Star Trek: Discovery yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Berita itu disahkan sendiri oleh pengarah yang bakal mengarahkan drama berkenaan, Nicholas Meyer menerusi satu temubual bersama portal Coming Soon.net.

“Apa yang boleh saya katakan, nama Michelle Yeoh ada dalam drama tersebut,” ujarnya ringkas.

Bagaimanapun watak yang bakal digalas oleh aktres Malaysia itu masih belum dipastikan dan berharap agar Michelle memegang watak utama sebagai leftenan komander wanita.

Pengumuman mengenai drama terbaru Star Trek: Discovery ini dibuat pada konferens Comic-Cons di San Diego yang lalu dimana mereka memperkenalkan teaser kapal angkasa U.S.S Discovery kepada penonton.

Menurut penerbit tv siri ini, Star Trek: Discovery akan menampilkan hero baru, penjahat baru dan dunia yang baru dalam dunia Star Trek tapi tidak terikat dengan mana-mana filem Star Trek.

Setiap episod yang dihasilkan menelan belanja $7-$8juta dollar dan pihak produksi menegaskan mahu menghasilkan siri tv yang berkualiti.

Terdahulu Michelle Yeoh terkenal dengan watak sebagai Yu Shu Lien menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan sekuelnya, Sword of Destiny.

Selain itu, Michelle juga terlibat dalam filem Memoirs of a Geisha, Reign of Assassins dan drama bersiri Marco Polo.

Star Trek: Discovery masih diperingkat awal pengambaran dan dijangka akan bersiaran pada Mei 2017 di CBS Television Network.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here