Michelle Yeoh Dan Selina Lo Bintangi Filem Aksi Thriller, Bos Level

0
103
views

Aktres Michelle Yeoh dan Selina Lo telah menyertai barisan pelakon filem aksi thriller berjudul Boss Level. Bagaimanapun watak kedua-dua pelakon tersebut tidak diketahui buat masa ini, tetapi menurut laporan dari Comingsoon.net, Michelle Yeoh mungkin akan membawakan watak utama.

Turut membintangi filem Boss Level adalah dua pelakon hebat iaitu Mel Gibson dan Frank Grillo serta Ken Jeong, Annabelle Wallis, dan Naomi Watts.

Boss Level mengisahkan tentang seorang pasukan khas tentera, Roy Pulver (Grillo) yang terperangkap dalam ‘time loop’ di hari kematiannya. Beliau kemudiannya mencari dalang kepada kejadian tersebut bagi menghentikan gelung masa yang dihadapi olehnya.

Diarahkan oleh Joe Carnahan, Boss Level kini sedang dalam pembikinan di Atlanta dan dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here