Michelle Rodriguez Menjadi Tomboi Dalam Filem Terbaru A Revenger’s Tale

0
215
views
Photo by Michael Tullberg/Getty Images

Pelakon yang cukup dikenali menerusi francais filem Fast & Furious, Michelle Rodriguez mengakui keputusannya menerima watak sebagai ‘tomboi’ dalam filem Tomboy – A Revenger’s Tale adalah tindakan terbaik.

Michelle, 38, berasakan ramai penerbit sudah ketandusan idea selain mempersoalkan isu ‘status quo’ yang nampaknya masih berpanjangan dalam industri perfileman.

Dalam kenyataannya di Instagram baru-baru ini, Michelle berkata, pembabitannya dalam filem berkenaan adalah cara terbaik untuk bersuara mengenai isu itu.

“Saya sangat puas hati kerana menerima tawaran itu memandangkan industri filem semakin ketandusan kreativiti dan dipenuhi kontroversi. Kadang-kadang mahu saja menjerit tapi lebih baik saya buat sesuatu yang lain kerana sudah bosan dengan isu ‘status quo’.

a-revengers-tale

“Menjalani penggambaran filem itu adalah satu daripada cara saya menyalurkan rasa kecewa. Saya berharap ada lebih banyak masa untuk membuat persiapan bagi filem itu dan menaikkan berat badan bagi menyesuaikan watak sebagai seorang lelaki Mediterranean.

“Saya rasa saya terlalu kurus untuk watak itu,” katanya.

Disebabkan wataknya sebagai Frank Kitchen dalam filem itu, Michelle juga tidak terlepas mendapat kecaman netizen yang menganggap dia menghina golongan transeksual.

Namun, Michelle menjelaskan watak itu ialah mengenai seorang lelaki yang diragut kejantanannya menyebabkan dia terpaksa menjadi ‘tomboi’.

“Untuk pencerahan, saya melakonkan watak seorang pembunuh upahan lelaki. Seorang doktor kemudian membalas dendam dengan melakukan pembedahan menukar jantina terhadapnya.

michelle_rodriguez

“Ketika membawakan watak itu, saya tidak pernah berasakan diri saya wanita. Malah, dalam keseluruhan filem itu, saya masih berjiwa lelaki tetapi terperangkap dalam jasad yang sudah ditukar jantina,” katanya.

Mengaku seorang LGBT

Dia juga mempersoalkan kenapa timbul isu berkenaan kerana dia sendiri menganggap dirinya sebagai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Michelle sebelum ini pernah mengejutkan industri hiburan apabila mengakui tertarik kepada lelaki dan perempuan atau biseksual.

Bagaimanapun, dia berharap penonton lebih melihat kepada pengisian filem berkenaan nanti.

“Saya boleh katakan diri saya sebagai kategori B dalam komuniti LGBT. Dalam filem berkenaan, saya juga dalam kategori biseksual dan bukannya ‘transphobic’!

“Harap anda akan terhibur dengan filem berkenaan apabila ia ditayangkan nanti,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here