Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michelle Rodriguez Ancam Tinggalkan Franchise Fast And Furious


Michelle Rodriguez yang terkenal dengan membawakan watak Letty mengancam akan meninggalkan franchise popular itu jika karakter wanita dalam filem berkenaan tidak diberi perhatian.

Beliau meluahkan perasaannya dilaman Instagram nya selepas mengumumkan filem ke apan Fast & Furious mula melancarkan versi digital mereka

“F8 is out digitally today, I hope they decide to show some love to the women of the franchise on the next one. Or I just might have to say goodbye to a loved franchise. It’s been a good ride & Im grateful for the opportunity the fans & studio have provided over the years… One Love.”

https://www.instagram.com/p/BV2TSLpBYfR/?taken-by=mrodofficial

Pada filem yang lalu, Jordana Brewster tidak muncul dalam berlakon dalam filem berkenaan. Luahan itu berdasarkan kurangnya babak-babak interaksi dan melibatkan antara karakter-karakter wanita.


Walapun sebelum-sebelum, filem berkenaan memperkenalkan beberapa karakter wanita yang dilakonkan Gal Gadot, Helen Mirren, Charlize Theron dan Elsa Pataky, tapi filem berkenaan banyak menumpukan perhatian kepada karakter lelaki. Kurangnya peranan wanita dalam filem berkenaan menyebabkan Michelle Rodriguez kecewa.

“I’ve been making movies with Jordana, who plays the sister of Dom Toretto, for 16 years and I can count on one hand how many lines I’ve had to her, I think that’s pathetic and it’s lack of creativity.”

Fast and Furious 9,  Fast and Furious 10 serta filem spin off yang akan melibatkan  Dwayne Johnson dan Jason Statham kini dikatakan sedang dalam perancangan. Dan jika pihak penerbit tidak mengembangkan peranan wanita dalam filem berkenaan, adakah Fast8 akan menjadi penampilan terakhir Michelle Rodriguez berkenaan? ataupun ia sekadar gimik seperti yang dilakukan oleh Dwayne Johnson dan Vin Diesel sebelum ini


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee