Michael Pena Beri ‘Hint’ Bahawa Filem Ketiga Ant-Man Akan Dihasilkan

0
74
views

Walaupun filem kedua Ant-Man yang berjudul Ant-Man & The Wasp akan ditayangkan enam bulan lagi, kemungkinan besar, filem ketiga superhero tersebut akan dihasilkan.

Semasa ditemubual oleh wartawan IGN mengenai filem terbaru beliau bersama-sama Chris Hemsworth yang berjudul 12 Strong, Michael Pena ditanya mengenai masa depan dalam Marvel Cinematic Universe dan beliau memberi petunjuk bahawa filem ketiga Ant-Man kini sedang dalam perancangan.

“We talked about it on the first day. It’s a whole different kind of club to be in, the Marvel Universe. I don’t know if they’ll use me for the third movie, I still really don’t know. It’s cool to make a little bit of a mark on that Marvel Universe and it’s kind of a cool club, they run a really cool studio.”

Sementara itu, beliau juga ditanya mengenai wataknya dalam filem kedua, namun aktor tersebut memberi pendedahan bahawa wataknya dalam filem kedua nanti tidak begitu dikembangkan berbanding watak-watak utama dalam filem pertama.

Michael Pena membawakan watak Luis dalam filem pertama Ant-Man yang diterbitkan pada 2015 dan akan muncul dalam filem kedua yang akan ditayangkan pada 6 Julai 2018 iaitu selepas tayangan filem Avengers: Infinity War

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here