Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Michael Fassbender Mungkin Tidak Teruskan Watak Magneto?


michael-fassbender-x-men-magneto

Selepas kecewa dengan trilogi pertama X-Men, pihak produksi, Fox membuat keputusan untuk menghasilkan soft reboot franchais berkenaan apabila memulakan storyline X-Men semasa mereka masih muda. Keputusan tersebut disambut baik oleh peminat apatah lagi mereka melihat Aktor terkenal, Michael Fassbender antara pelakon yang terlibat dalam trilogi kedua X-Men.

Fassbender yang membawa Magneto semasa muda telah memberi impak yang begitu baik kepada siri trilogi tersebut apabila ianya dianggap berjaya. Fassbender sehingga kini telah membuat 3 kemunculan dalam trilogi kedua X-Men apabila muncul dalam filem X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past dan yang terbaru , X-Men: Apocalypse.

Bagaimanapun, aktor berkenaan memberitahu kontraknya untuk filem X-Men telah berakhir apabila dia menjelaskan sudah melengkapkan kontraknya dengan membuat 3 kemunculan dalam filem trilogi tersebut.

michael-fassbender-magneto

Menurut laman web The Empire Film PodcastFassbender menjelaskan kedudukannya sebagai Magneto masih samar-samar samada pihak Fox mahu menyambung kontraknya untuk filem X-Men akan datang ataupun tidak.

“I don’t know to be honest. I haven’t made any sort of decision on it because I have no idea what’s happening next with the franchise to be honest.” – Michael Fassbender


Fox dikatakan mempunyai perancangan untuk membawa aktor berkenaan dalam filem keempat X-Men walaupun filem terakhir X-Men; Apocalypse dikatakan gagal dari segi komersial dan penerimaan peminat.

Jika Fox benar-benar ingin menggunakan khidmat Michael Fassbender, mereka hendak segera menandatangi kontrak bersama pelakon tersebut memandangkan ramai peminat berpuas hati dengan peranan sebagai Magneto dalam filem-filem X-Men.


Related posts

Kim Kardashian Berubah Menjadi Mystique, Adakah Dia Akan Menggantikan Tempat Jennifer Lawrence Dalam Reboot X-Men?

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Keke Palmer Berminat Untuk Bawa Watak Rogue Dalam Reboot X-Men

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“Tunggu & Lihat” Komen Patrick Stewart Selepas Wataknya, Profesor X Muncul Dalam Trailer Doctor Strange 2

Kakimuvee