Michael Bay Disebut Bakal Mengarahkan Filem Lobo

0
321
views

Awal tahun ini terdapat desas desus mengatakan DC membatalkan perancangan beberapa filem adaptasi komik mereka selepas melihat kegagalan filem Justice League memperbaiki prestasi filem-filem adaptasi komik berkenaan. Antara perancangan filem yang dibatalkan adalah filem solo Deadshot dan Lobo.

Namun berita terbaru yang dikeluarkan oleh laman web TheWrap menunjukkan, salah satu filem yang dilapor dibatalkan oleh pihak studio, Lobo mungkin akan diteruskan selepas pihak Warner Bros. dan DC Entertainment dilihat cuba memancing bekas pengarah franchise Transformers, Michael Bay untuk mengarahkan filem yang telah lama tergendala itu.

Selain itu juga, pihak Warner Bros. merasakan Lobo mampu menuruti jejak langkah karakter Deadpool yang mana filemnya sukses di kalangan peminat-peminat filem superhero. Seperti Deadpool, Lobo juga merupakan karakter antihero dalam komik DC.

Perancangan filem Lobo telah bermula sejak tahun 2009 dan Guy Ritchie adalah pengarah pertama yang terlibat dalam perancangan filem berkenaan. Namun perancanganya tidak dilihat begitu berjalan lancar sehinggalah ia dikhabarkan menjadi salah satu filem DC yang dibatalkan perancangan selepas Walter Hamada sebagai ketua division DC.

Lobo mula terkenal dikalangan peminat komik DC pada 90an sebagai karakter ‘biker antihero’. Lobo adalah pemburu upahan yang memburu penjenayah-penjenayah galaksi dan pernah berseteru dengan beberapa karakter DC antaranya Superman, Hal Jordan, Deathstroke dan Martian Manhunter.

Sumber: Comingsoon.net, TheWrap

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here