‘Meriah Bersama’ Bersama Astro Syawal Ini

0
46
views

Istimewa Syawal ini, rangkaian saluran Astro akan menyediakan program istimewa raya yang akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mengangkat tema ‘Meriah Bersama’ yang menerajui kempen Ramadan dan Syawal tahun ini, Astro turut meneruskan tradisi sambutan hari lebaran dengan penampilan iklan televisyen istimewa.

Iklan raya komersial sempena Aidilfitri itu berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO) yang padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan dalam bentuk komedi santai.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, elemen yang dimainkan bagi iklan raya ini adalah berdasarkan apa yang ‘trending’ sepanjang tahun ini

“Kita menggunakan gabungan elemen yang ‘trending’ dalam iklan GRPO ini untuk memberikan plot penceritaan yang menarik dan kreatif serta mempunyai mesej yang mendalam buat penonton,” katanya semasa ditemui dalam Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro di Hotel Majestic, di sini pada Isnin.

Apa yang lebih menarik, Astro selaku penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia akan turut membuat liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan sepanjang musim perayaan ini.

Bahang kehangatan FIFA 2018 turut disemarakkan menerusi jalan cerita iklan raya komersial GRPO.

Dalam pada itu, saluran ‘Raya HD’ di 122 akan dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan Njoi selama sebulan bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini.

Antara rancangan menarik yang akan disiarkan sepanjang Syawal ini adalah Bonanza Raya, Gegar Raya Vaganza, Ti Amo Sweethear 100 Hari, Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati dan Renyai Takbir Raya.

Sementara itu, menerusi kolaborasi strategik antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, majalah seperti Mingguan Wanita, Pa & Ma dan Rasa akan dizahirkan dalam bentuk program.

Sumber: Astro Awani

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here