Mengorek Tragedi Sebenar Disebalik Filem Munich Arahan Steven Spielberg

0
152
views

Steven Spielberg dikenali antara pengarah, penulis dan penerbit terhebat sepanjang zaman. Antara kelebihan yang ada pada individu ini adalah kepelbagainya dalam menghasilkan filem-filem hebat yang berlainan genre dan tema. Antara filem hebat yang pernah diarahkan oleh pengarah ini adalah filem Munich, filem yang bertemakan historical drama thriller.

Munich yang diterbitkan pada 2005 ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat pada waktu itu antaranya Eric Bana, Daniel Craig, Ciarán Hinds, Mathieu Kassovitz, Hanns Zischler, Geoffrey Rush dan Ayelet Zurer. Menonton filem ini memerlukan anda yang beragama Islam untuk menontonnya dengan minda dan hati yang terbuka kerana ia mengisahkan misi balas dendam pasukan perisikan Israel, Mossad yang mahu membunuh kesemua anggota Black September yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai atlet Israel di sukan Olimpik Munich dan juga individu-individu penting dalam Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO).

Plot filem ini bermula pada tahun 1972, dimana perkampungan sukan Olimpik Munich telah diceroboh masuk oleh beberapa individu. Kumpulan ini mempunyai satu misi yang sangat penting, iaitu menculik atlet Israel, menjadikan mereka tebusan dan meminta kerajaan German dan Israel menuruti permintaan mereka, membebaskan tahanan yang ditahan oleh kedua-dua kerajaan itu.

Bagaimanapun, krisis berkenaan menjadi kucar kacir sehingga menyebabkan 11 Atlet dan jurulatih Israel dibunuh oleh anggota Black September di sebuah lapangan terbang dan menyebabkan 5 anggota Black September turut terbunuh. Selepas insiden berkenaan, plot utama filem Munich bermula apabila Perdana Menteri Israel, Golda Meir lakonan Lynn Cohen meminta ejen Mossad, Avner Kaufman lakonan Eric Bana mengetuai sepasukan pembunuh Israel untuk menjejak, memburu dan membunuh 11 rakyat Palestine yang bertanggungjawab di atas insiden tersebut.

Filem Munich ini diadaptasikan dari sebuah buku berjudul Vengeance yang ditulis oleh  George Jonas yang diterbitkan pada tahun 1984. Buku berkenaan menggambarkan Operasi Wrath of God, kempen pembunuhan oleh kerajaan Israel selepas insiden Olimpik Munich 1972.

Apakah yang sebenarnya terjadi pada Septmber 1972 di Munich?

Buku yang ditulis oleh George Jonas dan filem Munich yang diarahkan oleh Steven Spielberg sebenarnya diadaptasikan dari kejadian sebenar yang berlaku di ibu kota Jerman pada tahun 1972 itu. Pada waktu itu, Jerman sedang menganjurkan sukan olimpik musim panas yang turut disertai oleh negara Israel. Pada jam 4.30 pagi, 5 September 1972, 8 lelaki yang memakai pakai sukan dan membawa beg yang sarat dengan rifle AKM,  Tokarev pistols, dan bom tangan telah menceroboh masuk dan menuju ke bilik-bilik yang didiami oleh atlet-atlet Israel itu dan menjadikan mereka tawanan. 8 lelaki tersebut merupakan anggota organisasi Black September, organisasi penganas yang terdiri daripada rakyat-rakyat Palestine dan beroperasi dengan melakukan sabotaj di luar negara.

Gambar sebenar kejadian di Munich

Tujuan mereka menyerang dan menawan atlet-atlet Israel itu adalah untuk menuntut pembebasan 234 rakyat palestine dan bukan-arab yang ditahan di penjara Israel. Mereka juga menuntut 2 rakyat Jerman yang merupakan anggota Jerman Red Army Faction dibebaskan oleh kerajaan Jerman.

Bagaimanapun, kerajaan Israel tidak mengendahkan permintaan mereka. Israel telah menawarkan pasukan khas mereka untuk membantu pihak Jerman, tetapi  Chancellor Willy Brandt, ketua negara Jerman menolak bantuan yang ditawarkan oleh negara tersebut. Pihak Jerman telah menawarkan sejumlah wang yang banyak bagi menangani krisis tersebut, malah anggota Olimpik Mesir yang berada disitu juga membantu pihak Jerman, tetapi buntu.

Pada 5 September 1972 lebih kurang jam 11 malam, selepas Anggota Black September dan tawanannya dibawa ke sebuah lapangan terbang dan diberikan helikopter, mereka telah diserang hendap oleh sniper dan anggota polis yang sedia menunggu untuk menyerang dan membebaskan tawanan. Namun anggota polis Jerman pada waktu itu dikatakan kurang berpengalaman dalam menyelamatkan tawanan dan tidak dilengkapi senjata yang sesuai dan peralatan khas seperti ‘night goggle’ untuk menjalankan misi. Akibatnya, anggota Black September yang terselamat dari serangan itu bertindak menembak kesemua tawanan dan meletupkan helikopter yang diduduki oleh tawanan-tawanan itu.

Salah satu babak dalam filem Munich yang menunjukan tawanan dibunuh oleh pengganas

Drama tebusan itu berakhir pada 1.30 pagi, 6 September selepas anggota terakhir Black September ditembak mati oleh polis Jerman. Akibat dari insiden tersebut, 11 tawanan Israel terbunuh, 5 anggota Black Semptember ditembak mati manakala seorang anggota polis Jerman terbunuh dalam insiden tembak menembak. Manakala 3 anggota Black September terselamat dan ditangkap oleh anggota polis.

Aftermath

Bagi membalas tindakan Black September, kerajaan Israel telah melancarkan Operasi Wrath of God dan Operation Spring of Youth iaitu serangan Israel terhadap negara Lebanon pada 1973 dimana anggota Special Force IDF (Israel Defense Force) telah menyerang beberapa target di Lebanon dengan mensasarkan lokasi-lokasi di Beirut dan Sidon yang diduduki oleh Palestine Liberation Organization (PLO). Serangan tersebut telah menyebabkan 100 Palestinian terbunuh termasuk 3 individu penting PLO manakala 2 anggota tentera Israel terbunuh. Kesan daripada serangan telah menyebabkan negara-negara Arab terkejut dengan tindakkan Israel dan menyebabkan sesetengah negara arab yang kurang radikal memberi ‘kata dua’ dengan mengarahkan Palestine mengurangkan aktiviti keganasan terhadap Israeil atau bantuan terhadap mereka diberhentikan.

Operasi Wrath of God pula merupakan operasi rahsia Israel yang melibatkan anggota perisikan Mossad dan misi mereka adalah melakukan pembunuhan terhadap beberapa individu-individu penting dalam Pertubuhan Pembebasan Palestine (PLO) dan juga ahli kumpulan Black September yang terlibat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Munich. Mereka ini menjalankan misi mereka di negara-negara asing yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota PLO dan Black September. Beberapa anggota Mossad yang terlibat dalam misi ini telah ditangkap oleh kerajaan Norway kerana melakukan misi pembunuhan di negara mereka. Ejen Mossad ini telah dihukum namun dibebaskan beberapa tahun selepas mereka ditangkap.

Tindakan Israel dalam operasi Warth of God juga mengundang kontroversi apabila melakukan serangan bom kereta di Britain bagi membunuh salah seorang individu penting Palestine iaitu Ali Hassan Salameh. Serangan tersebut turut membunuh rakyat Britain walaupun berjaya membunuh target mereka.

Selain itu juga ejen Mossad beberapa kali dihalang oleh pembunuh upahan dan juga ejen CIA dalam menjalankan misi terutamanya misi untuk membunuh Hassan Salameh. Ini kerana CIA telah berjanji untuk melindungi Hassan Salameh sebagai pertukaran keselamatan diplomat mereka di Lubnan

Gambaran bagaimana operasi ini dijalankan anda boleh tonton dalam filem Munich, individu dan modus operandi yang dilakukan oleh Mossad digambarkan dengan hampir tepat dalam filem tersebut, cuma cara mereka mengesan dan melakukan pembunuh dikatakan lebih sukar berbanding yang apa ditunjukkan dalam filem.

Babak pembunuhan yang dilakukan oleh ejen Mossad dalam filem Munich

Insiden Rampasan Kapal Terbang Lufthansa Flight 615 dan Rahsia Besar Jerman Dalam Insiden Ini

Jerman dikatakan telah menyimpan ribuan fail dan dokumen sulit mengenai insiden ini dan ia menimbukan satu teori konspirasi antara Jerman dan Palestine dalam insiden tersebut. Pihak berkuasa mereka telah menerima amaran awal bahawa serangan bakal berlaku di perkampungan sukan Olimpik 3 minggu lebih awal, tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Terdapat juga teori lain mengatakan pegawai tertinggi kerajaan Jerman dan anggota PLO telah berhubung beberapa kali sebelum drama tebusan berlaku.

Semasa kapal terbang Jerman Lufthansa Flight 615 ditawan, kerajaan Jerman telah membebaskan 3 anggota Black September yang terselamat dalam insiden tersebut bagi menjamin keselamatan kapal terbang mereka yang ditawan. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan Israel dan mengundang teori bahawa Jerman telah berjumpa dengan organisasi Black September secara rahsia selepas insiden tersebut dimana pihak Jerman meminta Black September tidak lagi melakukan keganasan di negara mereka dengan syarat pembebasan anggota-anggota yang ditangkap.

Gambar sebenar kejadian di Munich 1972

Kesan daripada kejadian yang berlaku 5 September 1972 sememangnya sangat besar. PLO yang pada masa itu tidak begitu dikenali, mula mendapat perhatian dunia. Mossad juga sudah terbukti kejahatan mereka apabila sanggup melanggar undang-undang sesebuah negara semata-mata mahu menjalankan misi membalas dendam dengan membunuh mangsa buruan mereka. Malah operasi Wrath of God dikatakan berjalan lebih 20 tahun atau mungkin masih beroperasi sehingga kini. Manakala kerajaan-kerajaan Arab terkejut dengan kemampuan Israel dan keberanian negara tersebut dalam menjalankan operasi.

Walaupun filem Munich arahan Steven Spielberg ini menunjukan secara langsung operasi-operasi yang dijalankan Mossad, ia tidak dapat diterima sebilangan besar rakyat Israel termasuk kerajaannya. Mereka menggambarkan filem ini sebagai naif. Sebuah pertubuhan Zionist di Amerika juga telah melancarkan kempen boikot terhadap filem ini dan juga mengelarkan penulis filem ini, Tony Kushner sebagai seorang yang anti Israel. Ini disebabkan, Munich telah menyamakan ejen-ejen Mossad ini seperti pengganas. Ironinya, memang benar apa yang disampaikan oleh Steven Spielberg, modus operandi Mossad sememangnya sama seperti organisasi penganas.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here