Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Mencari Rahmat – Sebuah Filem Indie Dari Pengarah Al Jafree Md Yusop.


Mencari Rahmat – Sumber: TedAdnan.Asia

Al Jafree Md Yusop bakal memberikan suatu kelainan kepada penonton filem tempatan menerusi filem indie arahannya, Mencari Rahmat yang bakal ditayangkan pada tahun 2018. Filem indie ini diterbitkan oleh syarikat produksi, Ab Roll Sdn Bhd.

Dengan mengambil karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest sebagai adaptasi, filem Mancari Rahmat bakal memaparkan satira dan humor yang penuh sarkastik kepada bakal-bakal penonton,

Mengisahkan Razak yang merupakan seorang anak yatim piatu. Beliau kemudiannya bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

Poster Rasmi Mencari Rahmat – Sumber Facebook Mencari Rahmat

Apa yang menariknya mengenai filem ini, para pelakonnya terdiri dari pelakon-pelakon yang penuh berkaliber dan berkualiti antarannya Sharifah Amani, Namron, Amirul Afendi, Fauziah Nawi, Adibah Noor, Eric Fuzi dan Nadia Aqilah.

Mencari Rahmat telahpun ditayangkan di Kota Kinabalu International Film Festival pada Julai yang lalu dan bakal menemui penonton seluruh Malaysia pada tahun 2018.


Teaser Trailer Mencari Rahmat

 


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee