“Men In Black” Datang Ke Malaysia

0
263
views

will-smith-image2

Pengguna media sosial hari ini kecoh apabila gambar bintang popular Hollywood, Will Smith bersiar-siar di pusat membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur, menjadi viral sejak beberapa jam lalu.

Will Smith yang merupakan bintang filem I Am Legend & Men In Black itu telah menjadi tumpuan ramai apabila kelihatan di pusat belah belah terkenal negara. Malah aktor yang berusia 47 tahun itu dilihat memberikan senyum dan mesra bersalaman ketika terserempak dengan peminat.

will smith malaysia

Kehadiran Smith turut disahkan oleh DJ Jazzy Jeff, atau nama sebenarnya Jeffrey Allen Townes, di mana dia pernah bekerja dengan Smith pada awal kerjayanya.

“Berada di Malaysia dan lihat siapa yang saya terserempak di sin !!! JJFP 4 LIFE !!!” katanya melalui Twitter djjazzyjeff 215 bersama-sama dengan gambar kelihatan seperti tempat duduk belakang kenderaan.

DJ Jazzy Jeff berkunjung ke Kuala Lumpur bagi menjayakan persembahan pada sebuah acara di ibu negara malam tadi.

Difahamkan, Smith berada di Thailand semalam untuk bercuti pendek dengan keluarganya di sana.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here