Meghonjang Makhluk Muzium, Filem Night At Museum Versi Tempatan

0
509
views

Meghonjang Makhluk Muzium banner

Filem terbaru Mamat Khalid Meghonjang Makhluk Muzium akan mula ditayangkan pada 3 September ini. Filem terbitan Mountingboard Productions Sdn Bhd bersama D Siney Production adalah bertujuan mahu mengangkat kembali minat masyarakat terhadap bahan dan fakta sejarah terhadap para penonton.

Filem bergenre komedi seram ini adalah hasil kolaborasi antara Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha dan rakan baiknya Mamat Khalid sebagai pengarah filem. Usop Wilcha, penerbit Mountingboard, memberitahu, melalui sentuhan komedi, suspens, seram, politiking, konspirasi dan intelektual, Meghonjang Makhluk Muzium cuba membawa dimensi baru di dalam sudut penceritaan filem.

Untuk informasi, ini adalah filem pertama terbitan Usop Wilcha melalui syarikat produksinya Mountingboard Productions Sdn Bhd, malah Usop juga merupakan penulis skrip untuk filem komedi Mamat Khalid ini dan juga sebagai pelakon utama.

Filem yang menelan kos hampir RM 2 juta ini dibintangai oleh beberapa pelakon-pelakon popular  termasuklah Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami dan pendatang baharu, Elizabeth Tan. Selain itu juga penampilan pelakon-pelakon lawak yang berpengalaman seperti Pyan Habib, Kamarul Yusoff dan Man Kadir juga bakal memeriahkan lagi filem komedi seram ini.

Plot.

Filem Meghonjang Makhluk Muzium mengisahkan keadaan yang berlaku dalam sebuah muzium yang menyimpan banyak khazanah dan pengetahuan yang semakin dilupai oleh masyarakat masa kini dan dibiarkan begitu sahaja.

Apabila Institusi Muzium semakin kurang sambutannya maka, pihak pengurusan muzium telah mengadakan satu pameran “Hantu-Hantu Dunia” untuk kembali menarik minat pengunjung.

Di sebalik pameran itu, berlakunya perancangan licik sekumpulan pengamal ilmu hitam yang berasal dari Romania, yang mahu menghidupkan kembali Raja Dracula iaitu Vlad The Impaler.

Sumber: Facebook page Meghonjang Makhluk Muzium
Sumber: Facebook page Meghonjang Makhluk Muzium

Bagaimanapun mereka tidak sedar bahawa muzium ini mempunyai keunikannya sendiri kerana patung-patung tokoh menerusi beberapa era (Era Perak Man, Era 15 Masihi iaitu Sultan Mahmud Syah bersama dengan Bendahara baginda yang ke 6 iaitu Tun Perpatih Puteh dan hulubalang, serta Era 18 Masihi iaitu Datuk Maharaja Lela, Si Putum dan pengikutnya) akan kembali ‘hidup’ sekiranya terancam.

Kesemua patung tokoh-tokoh ini akhirnya bersatu demi menyelamatkan masa depan cucu cicit mereka dengan dibantu Usop Wilcha yang merupakan pekerja baharu di muzium itu.

Jika dilihat plot penceritaan filem ini, ianya tidak ubah seperti filem Hollywood terkenal iaitu  Night At The Museum tetapi telah diolah menjadi versi tempatan. Bagaimanapun, Usop punya jawapan sendiri dan dia tetap menerima setiap pandangan yang dilontarkan secara positif dan menganggap ia pandangan peribadi setiap orang.

Walaupun dianggap mirip dengan filem luar, tetapi kredibiliti para pelakon dan juga pengarah Mamat Khalid yang tidak disangkal lagi bahawa filem-filem yang dihasilkannya setiasa berjaya, tidak mustahil filem Meghonjang Makhluk Muzium ini mampu menarik minat penonton ke pawagam nanti.

Filem Meghonjang Makhluk Muzium akan ditayangkan pada 3 September 2015, jom kita tengok nanti dipawagam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here