MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

0
292
views

MBO Cinemas terus mengembangkan empayarnya dalam industri pawagam tempatan apabila mereka bakal melancarkan dua buah lagi pawagamn terbaru mereka iaitu di Kempas, Johor Bahru dan Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya, Selangor serentak.

Menurut laporan dari Cinema.com.my, Ketua Pegawai Operasi, Cheah Chun Wai telah mendedahkan berita terbaru itu ketika ditemui pada Majlis Perlancaran Rasmi cawagan terbaru mereka di MBO Aeon Midtown Falim, Ipoh, Perak.

“Kami akan melancarkan dua cawangan baru pawagan iaitu di Kempas, JB dan juga Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya serentak. Tarikh pelancaran itu akan diumumkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Tambah Chun Wai lagi, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melebarkan lagi sayap MBO Cinemas tetapi ia tidak dapat didedahkan lagi kerana ia masih di peringkat awal.

Dalam pada itu, pelancaran cawangan terbaru di Aeon Falim, Ipoh menyaksikan penduduk di negeri itu bakal menikmati pengalaman yang lebih selesa, menarik dan pengalaman sinematik dengan memperkenalkan dua panggung konsep BIG SCREEN dan KECIL.

Dua panggung konsep terbaru itu merupakan yang pertama di wilayah utara.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here